IrC - [ I n t e r n e t R e l a y C h a t ] Tujuan saya mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaanbeberapa orang kawan yang meminta saya mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang saya tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu saya berhasrat ruangan yang saya adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. Semua arahan ini saya belajar bermula daritarikh pertama saya masuk IRC, iaitu pada 15 June 97. PERHATIAN! Semua yang saya letak disini ialah pengetahuan yang saya dapat dengan caramembaca help file, hompage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan pengalaman berIRC. .Kalo Tak Paham Jugak Pi la Kahwin Ngan pekerja Cybercafe Di NetSurFer [ F a k t a I R C : A p a i t u I R C ? ] Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client.Seperti mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain Gambar lucah adalah dilarang dalam IRC kalau anda ada niat jahat sila la ubah sikap dan banyakkan baca Quran [ B a g a i m a n a s e s u a t u r a n g k a i a n I R C d i b u a t ] Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia. [ I R C A d m i n d a n I R C o p t u a p a ? ] IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men'disconnectkan', kill, rehash, dan k-lined anda ...Kalo dah kena disconect tu pandai2 la connect balik..jangan nangis kerana ia akan membuatkan mata anda membengkak hahahaha
[ A p a m a k n a + n i c k n a m e ? ] Oh..tu maknyanya nickname telah diberi 'voice' ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada 'moderate', iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak. Pahammmm Kalo korang kata itu adalah lambang + dalam soalan matematik tambahan maknanya anda adalah penghidap penyakit 'KENCING MANIS'
[Asas Koman IRC] Berikut ialah commands yang saya fikirkan sebagai perlu diketahui oleh semua Chatter. Kepada yang sudah mahir sila jadikan sebagai bahan rujukan. You are welcome to copy this information into your own homepage. Tapi jangan salahguna kalo tak anda akan jadi seorang pelupa sehingga anda lupa nama anda sendiri /server /nick /join /quit /msg /away /who /whois /whowas /part /ignore /me /ping /mode /ban /kick /invite /topic /ctcp /unban /notice /dcc chat /list /raw /echo /dcc send /quote /stat /admin /say
/server nama.server (/server irc.dal.net) tukar kepada server webchat.org /nick nickname (/nick MoSh) tukar nick kepada MoSh /quit [alasan] (/quit nak pi tido) keluar(quit) IRC.(reason adalah optional) /join #channel (/join #chandan) masuk channel #chandan /who nickname/#channel (/who Matt` @ /who #chandan) mendapatkan maklumat berkenaan nick Matt`, juga menyenaraikan semua nick yang berada dalam #chandan, kecuali mereka yang invisible /whois nickname (/whois mayor) untuk mendapat maklumat yang lebih mengenai mayor /part #channel (/part #chandan) Keluar channel chandan /away [alasan] (/away nak pi dapor) setkan diri anda sebagai away alasan ke dapor /msg nickname message (/msg MoSh hello...) hantar mesej 'hello...' kepada MoSh /query nickname (/query Antu-One) buka chat window dengan Antu-One /notice nickname message (/notice Edura jom tenet....) hantar notis 'jom tenet...' kepada Edura. notis berlainan dengan msg kerana tiada sebarang window dibuka /notify nickname (/notify J|wang) anda akan diberitahu apabila J|wang online ataupun offline /ignore nickname (atau *@host.add.ress ) ( /ignore MoSh @ /ignore *!*@*.tm.net.my) untuk ignore MoSh, atau sesiapa sahaja yang menggunakan address *!*@*.tm.net.my. Sesuai digunakan bila anda diganggu dan menggagalkan cubaan flood. /mode your_nick +i ( /mode your_nick +i) setkan anda kepada invisible. tukarkan +i kepada -i untuk setkan kepada visible semula. /me message (/me ucap a`kum kat semua) *nickanda ucap a`kum kat semua /list ( /list ) Menyenaraikan semua channel /dcc chat nickname (/dcc chat Matt`) buka dcc chat window dengan Matt` kelebihan dcc chat berbanding dengan msg ialah dcc tidak bergantung kepada server IRC. Walaupun anda telah disconnect dari server IRC, anda boleh lagi chat di dalam dcc windows /dcc send nickname filename.ext (/dcc send MoSh c:\midi\safura.mid) hantar file safura.mid dari folder c:\midi\ kepada MoSh. /ping nickname (/ping J|wang) @ (ctcp J|wang ping) ping ialah masa yang diambil untuk message anda sampai kepada nick yang anda ping. sekiranya masa yang diambil terlalu panjang, lakukan sesuatu seperti tukar IRC server. /say message (/say hello semua) sama dengan hanya menaip 'hello semua' /invite nickname #channel (/invite Edura #chandan) menjemput Edura masuk ke dalam #chandan
[Arahan Operator] [Fungsi arahan] /mode #channel +o nick (/mode #chandan +o Antu-One) memberi status @ kepada Antu-One dalam channel #chandan. /mode #channel -o nick (/mode #chandan -o MoSh) menarik status @ daripada MoSh dalam channel #chandan. /kick #channel nick (/kick #chandan Matt` ) meng'kick' Matt` keluar dari #chandan. /mode #channel +b nick!username@host.add.ress (/mode #chandan +b *!carut*@*.tm.net.my) mengharam penjahat yg menggunakan address *!carut*@*.tm.net.my. /mode #channel -b nick[hostaddress] (/mode #chandan -b *!*@202.142.12.*) menarik balik ban yang telah dikenakan ke atas address *!*@202.142.12.* /topic #channel topik baru (/topic #chandan Selamat Datang) menukar topic dalam channel #chandan kepada 'Selamat Datang' /mode #channel +-ptislkmRrn (/mode #chandan +tn-psklmRri) menukar mode #chandan. Sila pastikan anda tahu fungsi setiap label
ChAnSeRv /msg chanserv info #channel (A) digunakan untuk mendapat semua maklumat mengenai #channel /msg chanserv register #channel passwd channel-desc. (A) digunakan untuk meregister #channel. passwd ialah password yang dipilih, dan perlu disertakan dengan channel-description. contoh: /msg chanserv register #bmIRC 123abc Selamat Datang ke channel #bmIRC Sila pastikan channel tersebut belum lagi diregister, dan anda mendapat @ didalam channel tersebut semasa meregister. /msg chanserv op #channel nick (AOP) digunakan untuk memberi @ kepada nick menerusi chanserv. Anda tidak perlu memiliki status @. /msg chanserv sop[aop,akick] #channel list (AOP) digunakan untuk menyenaraikan semua sop[aop,akick] dalam #channel. akick ialah autokick and ban /msg chanserv mdeop #channel (AOP) digunakan untuk mass-deop dalam #channel. Perhatian: AOP tak boleh mdeop SOP dan founder; dan SOP takleh mdeop founder. /msg chanserv mkick #bmIRC (SOP) digunakan untuk 'menyepak' semua orang keluar dari #bmIRC. (ni jahat..jangan buat! Emergency sahaja) /msg chanserv aop[sop,akick] #channel add[del] nick!username@host.add.ress (SOP) digunakan untuk menambah[membuang] chatter yang match dengan nick!username@host.add.ress berikut ialah beberapa contoh: 1. /msg chanserv aop #bmIRC add J|wang -menambah J|wang (nick ini telah diregister) sebagai aop dalam channel #bmIRC. 2. /msg chanserv akick #bmIRC add *!lucah@*.tm.net.my -digunakan untuk mengkick sesiapa sahaja yang menggunakan address lucah@*.tm.net.my (tak kirala apa jua nickname yg digunakan). 3. /msg chanserv aop #bmIRC add *!Jiwang@*.ktb*.jaring.my -memberi aop kepada sesiapa sahaja yang match dengan address Jiwang@*.ktb*.jaring.my (tak kirala apa jua nickname yg digunakan). 4./msg chanserv aop #bmIRC del MoSh -digunakan untuk membuang MoSh dari senarai aop dari #bmIRC.(sop tidak boleh add/remove sop) /msg chanserv identify #channel passwd (F) digunakan untuk identify sebagai founder untuk #channel dan passwd ialah password yang digunakan semasa meregister #channel. /msg chanserv set #channel topiclock on[off] (F) digunakan untuk mengunci topic #channel, iaitu topic akan dikekalkan walaupun tiada orang berada di dalam #channel. Sekiranya topic tidak dilock, apabila semua orang meninggalkan #channel, topic akan dibuang. /msg chanserv set #channel mlock +tnr-pklmisR (F) digunakan untuk mengunci channel mode. Sila pastikan anda faham semua label sebelum mengunci mode. /msg chanserv set #channel ident on[off] (F) digunakan untuk memaksa semua aop&sop menggunakan nickname yg telah diidentify kepada nickserv terlebih dahulu sebelum mendapat @ semasa join #channel. /msg chanserv set #channel opguard on[off] (F) digunakan untuk memastikan hanya aop,sop dan founder sahaja mendapat @ di dalam #channel. Bagus untuk mengelakkan channel takeover. /msg chanserv set #channel passwd newpasswd (F) digunakan untuk menukar password untuk #channel kepada newpasswd. Command /msg chanserv boleh diganti dengan /ChanServ. Command selepas /Chanserv adalah kekal seperti biasa. Digalakkan juga Anda Gunakan Command /Chanserv <apa-apa> Untuk Mengelakkan Passwrd Exploit Diserver Lain Semua command berikut hanya boleh digunakan dalam DalNet.
-|| NiCkSeRv ||- /msg nickserv register passwd digunakan untuk mendaftar nickname yang anda sedang pakai dengan menggunakan passwd sebagai password, dengan syarat nickname itu masih belum lagi didaftarkan oleh sesiapa. /msg nickserv identify passwd digunakan untuk identify nickname yang anda sedang pakai(nick itu telah didaftarkan), dengan menggunakan passwd sebagai password. Nickname yang tidak aktif selama 20 hari (iaitu tiada sesiapa identify nick tersebut dengan menggunakan password yang betul), NickServ akan dropkan nick tersebut. /msg nickserv ghost nick passwd digunakan untuk membunuh nick (sesiapa yg memakai nick anda) dengan syarat passwd ialah passworduntuk nickname nick. /msg nickserv info nick digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai nick iaitu tarikh dan address terakhir yang menggunakan nick dan sekiranya nick telahdisetkan kill on /msg nickserv set kill on[off] digunakan untuk mensetkan nickname anda kepada kill on, iaitu NickServ akan memberi 60 saat setiap kali anda menggunakannickname tersebut. Sekiranya gagal, nick tersebut akan dikill, dan reason yang diberi ialah: killed (NickServ enforcement). Anda hanya perlu mengidentify sekali sahaja untuk setiap kali connection dalam IRC. (setiap kali anda terdisconnect, anda kena identify). /msg nickserv set passwd newpasswd digunakan untuk menukar password lama anda kepada newpasswd.Sila pastikan anda telah mengidentify dengan nickserv terlebih dahulu. /msg nickserv acc nick digunakan untuk mengetahui access untuk nick. Access 0 : nick tidak diregister 1 : nick telah diregister tetapi digunakan oleh orang yg beralamat bukan seperti address orang yang meregister nick 2 : nick tidak diidentify, tetapi digunakan oleh orang yang beralamat seperti address orang yang meregister nick 3 : nick telah diidentify kepada nickserv /msg nickserv drop nick digunakan untuk men'drop' nick ( tidak mahu pakai nick lagi) unregister Command /msg nickserv boleh diganti dengan /nickserv .Command selepas /msg nickserv adalah kekal seperti biasa.
|